Monday, May 19, 2008

BAKAL SUAMI MAYA KARIN



Tak sangka ya selama ini Maya berjaya menyimpan rahsia kisah cintanya itu.

Dia membuat pengakuan berani hatinya sudah dimiliki oleh lelaki mat salih.

Mengikut khabar angin, majlis perkahwinan Maya dijadual diadakan pada bulan Jun atau Julai ini.

Majlis itu khabarnya akan diadakan di sebuah tasik indah di kota raya Itali kerana bakal suaminya itu berasal dari negara tersebut.

Tentu ada yang nak tahu siapa bakal suami Mayakan? Mengikut sumbernya, lelaki tersebut merupakan seorang guru yang kini mengajar di sebuah sekolah antarabangsa yang terletak di Kuala Lumpur.

”Mereka dah lama berkenalan tetapi kedua-duanya berjaya menyembunyikan hubungan itu sejak sekian lama. Selain majlis sanding di dalam taman di Itali itu, Maya juga akan mengadakan sebuah majlis khas untuk rakan-rakan artis dan media di Kuala Lumpur nanti,” kata sumber itu.

Khabarnya rombongan dari Kuala Lumpur yang akan mengiringi Maya akan disertai oleh beberapa teman rapatnya dan juga tetamu diraja. Pengarah filem Shuhaimi Baba pun nak pergi juga ya?

Apa yang penting sekarang ini hubungan cinta Maya dengan guru yang telah memeluk Islam itu sudah direstui keluarga masing-masing. Maya pun sudah jumpa bakal mertuanya beberapa bulan lalu.

Tentu Maya terkejut macam mana ramai orang boleh dapat cerita ini kan? Tak pentinglah siapa yang beritahu kerana cikgu ‘handsome‘ itu kan tinggal di Malaysia.

Dan yang penting harap-harap selepas ini Maya bersedia untuk mendedahkan sendiri kisahnya yang semakin sensasi itu.